Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti
bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang
menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk
menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya.
Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta
agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk
anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku
dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang
Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah
dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini,
aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut
nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah
rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya
kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan
hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota
badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna
kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau
ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang
Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa
Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan
sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu
menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya
Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya.
Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya
hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin
tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia
hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal
masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin
jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital
menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital.
Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik.
Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup.
Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang
sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus
menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih
baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat
penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap
anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana
sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan
sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan
dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan
‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar
segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta
pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak
tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk
ibu bapa anda?
No comments:
Post a Comment